Wednesday, 8 May 2013

True OR False?

DSAI. Datuk Seri Anwar Ibrahim.Siapa dia? Kenapa Ramai yang mengelabah jika dia bersuara?
Saya sebagai rakyat yang menyokong perjuangan beliau sangat sebak apabila mendengar isu fitnah yang dilemparkan keatas beliau NAMUN beliau masih tetap utuh menghadapi segala tomahan yang dilemparkan. Allahuakhbar. betapa sabarnya hati hamba Allah ini. 
Saya seringkali mendengar MACAI berkata, "buat apa anda mempertahankan ANWAR IBRAHIM?"
dan saya menjawab, "Untuk apa anda pertahankan NAJIB RAZAK?". Saya, mahupun baru berusia 20 tahun pada 2013 ini sudah terbuka mata di atas perjuangan yang DSAI jalankan. Saya berfikir, belia semuda saya sudah bangkit untuk menyokong perjuangan beliau, adakah orang yang lebih tua dari saya tidak dapat NAMPAK dan BERFIKIR SECARA RASIONAL tentang pemimpin ini? atau mereka membutakan mata mereka untuk mengelak daripada melihat kebenaran ini? Wallahualam.
Tok Guru Nik Aziz (TGNA), juga menasihati DSAI, tak ramai yang menjalani apa yang ANWAR jalani. "Jika suatu hari nanti, kamu (anwar) ditakdirkan memimpin negara MALAYSIA dan dapat menawan PUTRAJAYA, jangan biar seorang pun daripada rakyatmu menderita seperti apa yang pernah kau jalani. JAGALAH MEREKA SEPERTI ANAK-ANAKMU SENDIRI, INSHAALLAH KAMU (ANWAR) AKAN MENJADI PEMIMPIN YANG BAIK".
sedangkan TGNA sebagai seorang ULAMA lagi yakin bahawa DSAI tidak bersalah dalam isu LIWAT, PENYELEWENGAN, apa lagi kita yang jahil dari hukum agama ini hendak menghukum beliau. sedarlah MALAYSIAN, DSAI berjuang untuk rakyat. Untuk mengembalikan MARUAH dan KEMULIAAN rakyat yang telah dicuri oleh kerajaan sekarang. Saya tidak berkata saya membenci NAJIB RAZAK DAN BARISAN NASIONAL, saya cuma tidak bersetuju cara pentadbiran yang mereka jalankan. 
MACAI berkata, "KALAU TIDAK SUKA DENGAN PENTADBIRAN PERDANA MENTERI, SILA CARI NEGARA LAIN UNTUK BERLINDUNG!" Ya Allah, Bumi ini MILIK ALLAH, kita sebagai HAMBANYA, ADAKAH LAYAK untuk berkata sedemikian? Wallahualam. Apabila orang FASIK dipilih menjadi pemerintah negara, ia merupakan salah satu tanda kiamat. Nauzubillah.

No comments:

Post a Comment