Assalamualaikum W.B.T
 |
| Welcome Ramadhan !!!! |
PUASA ! PUASA ! PUASA ! PUASA !
Bila sebut dan dengar pasal puasa, saya menjadi excited MUCH MUCH MUCH ! Best kan puasa? Teringat pulak zaman kanak-2 dulu kala. HAHA. MEMANG LAWAK. puasa macam tak puasa.
Aku start puasa since 9 tahun kalau tak silap. Biasa la puasa kanak-2 ni kan. puasa pun masih jugak aktif nak lari-2, main-2. Sentiasa bertenaga ja dulu. Rindunya puasa pada zaman kanak-2. Dulu puasa bagi pengertian diri aku, puasa ni cuma tak makan nasi + ikan + sayur + air. makanan-2 lain boleh makan. ada pula macam tu kan? HAHAHA. Pernah sekali ter-KANTOI dengan parents cuzzy sebab kami makan keropok time puasa. HAHA. makan maggie time puasa. Bila ingat balik, memang rindu nak jadi kanak-2. Lepas ter-KANTOI, terus insaf. Terus puasa penuh. HAHAHA.
Masa berlalu, dah masuk sekolah menengah. Aku sekolah menengah + tinggal di HOSTEL. Aku tak selalu sangat berbuka dengan family ni. Jadi bila berkesempatan nak berbuka, aku pun memanfaatkan kesempatan yang ada. HIHI. Memang diakui, bersahur dan berbuka di hostel sangat jauh berbeza dengan keadaan dalam rumah.
Di hostel, boleh nampak macam-2 ragam adik-2 yang baru belajar puasa. rindu sangat nak masuk hostel balik. Di hostel juga la, aku belajar bangun sahur sendiri, dan yang paling BEST, kawan-2 non-muslim pula ada yang bangunkan aku sahur. Dorang memang terbaik laaa! Sahur di hostel berbeza sangat. Makan dengan kawan-2, adik-2, kakak-2. Memang best. Waktu berbuka pun sama juga. Setiap petang keluar ke bazaar ramai-2. Daily MENU ialah MARTABAK AYAM+DAGING. perghhhh. sebulan makan benda tu, memang tak pernah nak puasss. sedap sangatttt. HAHA.
Setiap malam mesti ada TARAWIH kan? Pernah sekali SKIP rakaat last tarawih tu, skip witir. HAHA. boleh-2 tertangkap pulak oleh warden. HAHAHA. Terus didenda. Lepas tu tak insaf-2 lagi. Masih jugak SKIP-2 rakaat. And pernah sekali ESCAPE tarawih, duduk-2 makan kuih kat dorm. Lepas tu dengar bunyi yang menakutkan, terus tak escape dah. Semua tu dah lama berlalu, time form 3 kalau tak silap. HIHI.
Banyak pengalaman kat hostel, aku pernah menjalani sebagai orang yang paling muda di hostel, dan of course paling KAKAK dalam hostel. Last year, batch STPM 2012, aku satu-2nya KAKAK UPPER 6 muslim dalam hostel. Budak-2 suka harapkan aku jalankan apa-2 aktiviti masa puasa. Memang diakui la aku ni tak berapa sangat dalam bidang agama, tak jahil. Aku belum mempunyai keyakinan nak sampaikan sesuatu yang serius. Lebih-2 lagi soal agama. Jadi aku serahkan dekat adik form 5 kat dalam hostel tu. Dia tu kira Assistant aku lah. Memandangkan aku terlalu sibuk dengan assignment yang tertunda, maka MASA ku di dalam surau adalah terhad. Terkadang agak sedih bila solat sendiri dalam bilik. Tapi bila berkesempatan solat bersama, tak ku sia-2kan.
Bila ingat balik, selama 20 tahun aku masih bernafas di bumi ALLAH S.W.T ini, terkadang terasa malu dengan diri sendiri. Apabila terkenangkan saudara seagama di bumi Palestin, Mesir. Malu dengan diri sendiri. Tapi apa yang mampu aku lakukan, cuma DOA yang mampu aku kirimkan. Berharap penindasan terhadap mereka segera dihentikan. AMIN :')
Semoga Ramadhan kali ini, aku mampu memupuk diri aku untuk jadi manusia yang lebih bersyukur, menghargai dengan nikmat ALLAH s.w.t yang telah dicurahkan kepadaku. InshaAllah.
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN ! RAYA RAYA RAYA RAYA RAYA RAYA! HAHAHA.